Friday, July 10, 2015

Dewan Peperiksaan

Tentang soalan-soalan yang sering kautanya
lewat tutur dan diammu
ketahuilah
aku punya keraguan sama
yang ingin sekali kutanyakan
kepada sesiapa saja yang tahu
kepada
Penyedia soalan itu.

Namun, di atasnya
kita sama-sama sedar
hukum soalan bukanlah pada jawapan
sementelah dirimu sendiri
di satu sudut sunyi

adalah soalanku paling besar.


Subang Jaya
10 Julai 2015

No comments: