Berjalanlah,
walau dengan pekerjaan itu
kau
tak menemui dirimu
kerana
apalah diharapkan
dari
dua kaki berjalan
di
denai terang tetap tersadung akar dan rotan.
Nanti,
ketika hujan
kau
berteduh bawah rimbunan pohon
apa
salahnya kau keluar sebentar
biar
dingin dan kebasahan
dengarlah
bunyi pecup-pecap dari lecah yang kau pijak.
Sapu
mukamu bak mengambil air sembahyang
di
depan barangkali hari sudah cerah
ambil
sedikit waktu melihat langit, di perhentian
sebelum
matamu dipejam bila kau tahu
detik
paling damai adalah selepas hujan berhenti.
Berjalan
semula dan lekaslah
agar
segera kering bajumu di badan
jangan
keringkan hatimu; biar ia basah
bila-bila
kautemui dirimu; perjalanan baru pun bermula
sepantas
kau berjalan
sepantas
diri kau tinggalkan.
Subang
Jaya
27
– 28 April 2015