Tuesday, January 19, 2010

Setelah Pergi

Setelah tandus, hati ini hanya tanah keras dengan lekuk lubang dan garis panjang
Titis paling akhir air telah kering, hilang dan pergi
Tanah ini tidak basah lagi, lembap sudah jadi sejarah yang dirindui
Pada bekas pernah subur bunga pohon
Tiada
Tiada
Tiada apa-apa

Yang ada hanya masa lalu.


PJ Selatan
19 Januari 2010

4 comments:

mohad said...

selamat tahun baru.. selamat berpuisi

Haizir said...

Salam, Ijad. Terima kasih datang ke mari.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Haizir,

"jejak kembali, apa khabar saudara ?".

Haizir said...

Salam, sdr Zulkifli.
Khabar baik, Alhamdulillah. Cuma belakangan ini agak "mati rasa". Terima kasih, tuan kerana setia datang ke mari.