Friday, October 02, 2009

Kamu Tentukan Sendiri

Setiapnya adalah tahap-tahap yang berbeza
Sewaktu kita menyangka dalam satu
bulatan terkumpul satu pemikiran
Sering saja ada yang lebih pandai
dan mahu
mengeluarkan mafhumnya dari sekolah yang berlainan.

Adakah ia satu jalan menuju kematangan atau
kemalangan
aku tidak tahu.

Benarkah ini wacana
atau sebenarnya
ada sesuatu yang tidak kena.

Jika amanah mahu diganti dengan
wibawa berupa anugerah
Simpankan ia ke dalam poket kot bergayamu
Ia terlalu mahal berbanding kain gombang kami yang kusam

Atau adakah taklif disangka tasyrif?

Jika benar, ia
maaf,
pada masa depan yang menunggu
kami tidak lagi punya biaya untuk kamu.


PJ Selatan
3 Oktober 2009

2 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Haizir,

"akhirnya, saudara berpuisi kembali",

"masih cuba memahaminya".

Haizir said...

Sdr Zul, salam kembali. Terima kasih masih sudi datang ke sini. Oh, puisi ini tentang isu selcat di selangor.