Wednesday, July 13, 2016

Peristiwa

Sesuatu telah terjadi
di hujung negeri apabila
seorang lelaki memetik bunga dari pasunya
dan cuba menanamnya di taman

pecah berita dan gempar manusia
terbenam matahari
matilah si lelaki
sebelum layu bunganya
di tangan.

Subang Jaya
13 Julai 2016

No comments: